Setiap kepatahan pasti akan terjadi proses penyembuhan kecuali ada gangguan pada prosesnya. Frost (1989) menyatakan bahawa terdapat 5 peringkat penyembuhan.
Peringkat Hematoma
Apabila tulang menyerap tekanan melampau keelastikannya, kepatahan akan berlaku. Impak ini akan melibatkan sum-sum tulang, periosteum, tisu lembut dan tisu hidup tulang tersebut dan mengganggu saraf serta bekalan darah di kawasan terlibat dan berlakunya nekrosis iskemik pada tempat yang fraktur.
Maka fraktur ini akan meransang sel osteosit yang tertinggal, membuatkan sel tersebut bertindakbalas untuk membentuk sel baru (daughter cell). Proses ini biasanya mengambil masa sehingga 7 hari dari waktu impak.
Peringkat tisu granulasi
Daughter cell yang baru dihasilkan kemudian membentuk sel-sel seperti osteoblast dan osteoklas yang diperlukan yang secara kolektifnya membentuk tisu granulasi pada ruang di antara tulang yang fraktur. Hasil hematoma iaitu darah beku kemudiannya membantu sebagai asas pembentukan fibroblast dan kapilari darah yang baru. Darah beku bakinya akan seterusnya disisihkan oleh makrofaj dan giant cell. Osteoblast yang telah terbentuk kemudiannya membantu dalam pembentukan tulang. Proses ini mengambil masa dari 2 hingga 3 minggu.
Peringkat Kalus
Pada peringkat ini, osteoblas yang dibentuk oleh tisu granulasi akan bertindakbalas bersama garam kalsium akan membentuk tulang muda. Percantuman tulang berlaku di tempat fraktur. Jumlah formasi kalus bergantung kepada kestabilan kawasan fraktur, dimana jika banyak pergerakan dilakukan, lebuh besar jumlah kalus terbentuk untuk menghentikan fraktur ini. Apabila kestabilan dan kekuatan dicapai pada kawasan fraktur, aktiviti terhad boleh diteruskan. Walaubagaimanapun, pembentukan kalus boleh mencapai dari 4 hingga 16 minggu dimana proses ini adalah lebih cepat berlaku pada kanak-kanak.
Peringkat Remodelling
Peringkat ini turut dikenali sebagai peringkat konsolidasi, dimana tulang muda digantikan dengan tulang yang matang Osteoklast bertindak untuk membentuk semula permukaan luaran tulang dan mengurangkan saiz kalus. Bekalan sarah dan oksigen dipulihkan. mineralised cartilage yang terbentuk kemudiannnya digantikan oleh tulang muda untuk membentuk primary spongiosa. Ini kemudiannya digantikan oleh tulang lamella baru. Kalus pada hujung tulang padat digantikan dengan secondary osteon mengandungi tulang lamella. Proses ini amat perlahan dan mengambil masa dari 1 hingga 4 tahun
Peringkat Modelling
Peringkat peneguhan tulang. Ia mengambil masa bertahun-tahun dimana pembentukan lapisan kortek pada permukaan endosteal dan periosteal berlaku. Pada peringkat ini, ransangan utama seperti aktiviti fizikal diperlukan sebagai tekanan pada fungsi tulang. Peringkat ini giat aktif pada kanak-kanak
No comments:
Post a Comment