nuffnang - help me to earn money

Wednesday, March 25, 2009

Darah

Darah
Darah adalah sejenis tisu perantaraan. Ia terdiri daripada cecair matriks dan sel-sel darah seperti sel plasma, limfosit dan eritrosit. Seperti cecair lain, darah mempunyai pHnya sendiri dimana julat bagi pH normal adalah 7.35 hingga 7.45 dimana ia adalah beralkali sedikit (normal pH adalah 7) dan bersuhu 38 darjah celcius dan ia merupakan 8% daripada berat seluruh badan.
pada lelaki dewasa, kandungan isipadu darah adalah 5 hingga 6 liter dan pada wanita adalah kurang iaitu 4 hingga 5 liter.

Fungsi Darah
Di dalam badan kita, darah bukan sahaja membantu di dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan, ia turut membantu di dalam mengangkut karbon dioksida keluar badan melalui peparu, mengangkut nutrien ke tisu-tisu dan hormon hormon sasaran dan mengangkut bahan kumuh sel keluar ke organ perkumuhan.
Ia turut membantu dalam mengawal atur suhu badan dengan menyebarkan haba secara rata ke seluruh badan, mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. seperti yang telah dinyatakan, darah mempunyai pH, dimana is dikawalatur melalui tindakan bufer.
Darah, dengan kandungan sel darah putih(leukosit) membantu kita di dalam melindungi badan dari penyakit melalui fagositosis(proses pemakanan) serta kehadiran antibodi di dalam plasma darah. ia juga mempunyai mekanisme pembekuan darah dimana ia membantu di dalam mengelakan kehilangan cecair di dalam tubuh.

Darah seperti mana yang kita tahu, adalah sejenis tisu, dimana ia adalah gabungan sel. Di dalam darah terdapat plasma darah (55%) yang terdiri daripada protin(7%), air(91.5%) dan larutan lain (1.5%) dan sel darah (45%) yang terdiri daripada platlet, eritrosit dan leukosit.

No comments: