nuffnang - help me to earn money

Thursday, May 9, 2013

Gaun hospital semasa pemeriksaan xray

Ramai yang menanyakan kenapa perlu salin kepada pakaian hospital semasa melakukan pemeriksaan xray. Harap faham. pakaian yang anda pakai selalunya mempunyai sulaman, sebarang logo dan jahitan yang akan menjejaskan kualiti imej dengan menimbulkan artifak disamping menyebabkan misdignos. Pernah ada yang tidak mahu menyalin pakaian kerana takut, tidak selesa dan mungkin malu. Tetapi sebenarnya menyalin ke pakaian hospital adalah perlu untuk mendapatkan imej xray yang lebih jelas tanpa artifak untuk membantu diagnosis. jadi mohon kerjasama agar pemeriksaan berjalan lancar

Untuk kepastian, disini saya kongsikan antara pemeriksaan yang memerlukan pakaian hospital

Chest X-ray (selalunya untuk medical checkup)
-perlu buka baju, baju dalam, dan tudung kerana terdapat keronsang, klip besi atau manik
-anak tudung dan seluar tidak perlu tukar, namun perli buka rantai, jika ada
-pakai gaun hospital yang disediakan

Abdomen X-ray
-Perlu buka seluar, seluar dalam dan baju kerana terdapat zip seluar, butang, manik dan sulaman yang tebal
-baju tidak perlu tukar, kadang kala perlu buka baju dalam kerana besi pada baju dalam masuk ke imej
-pakai gaun hospital yang disediakan

Spine X-ray (thoracolumbar dan lumbosacral)

-Perlu buka baju, baju dalam, seluar, seluar dalam dan baju kerana terdapat zip seluar, butang, manik, besi
-pakai gaun hospital yang disediakan

Cervical X-ray, Skull X-ray
-Perlu buka tudung kerana terdapat manik, keronsang
-turut perlu buka rantai, anting-anting, klip rambut
-tak perlu salin ke pakaian hospital

Semua ini adalah dari pengalaman
jika ada yang tersalah minta betulkan
mohon maaf jika ada tersilap, sekian