nuffnang - help me to earn money

Saturday, March 28, 2009

Fraktur tulang

Badan manusia terdiri daripada secara umumnya, tulang dan otot untuk mengekalkan bentuknya. Tulang pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu appendicular dan axial. Tulang terdiri daripada lima kelas iaitu
· Tulang panjang
· Tulang pendek
· Tulang pipih
· Tulang sesamoid
· Tulang tak sekata
Setiap tulang ada mempunyai 2 tisu iaitu tisu tulang padat dan tisu tulang spongiosa. Terdapat 3 struktur utama iaitu
· Epifisis - kedua-dua bahagian hujung tulang
· Diafisis - bahagian tengah/shaft
· Metafisis - di antara epifisis dan diafisis dimana pemanjangan tulang berlaku



FRAKTUR
Fraktur bermaksud ketidaknormalan pada tulang yang melibatkan samada kepatahan,keretakan atau kehancuran pada tulang, dimana tempat yang paling kerap mengalami fraktur adalah pada bahagian diafisis.
Terdapat dua jenis fraktur iaitu
· Tertutup
· Terbuka
Fraktur tertutup ialah keadaan dimana tulang yang mengalami fraktur tidak menembusi tulang. Ini berbeza dengan keadaan fraktur terbuka yang menembusi kulit. Ini penting kerana apabila tulang yang fraktur menembusi kulit memerlukan lebih perhatian dan rawatan segera, dan pembedahan kerap diperlukan untuk membersihkan kawasan fraktur. Ia juga terdedah kepada risiko jangkitan dan pelbagai masaalah lain untuk sembuh berbanding dengan fraktur tertutup.
Terdapat 4 kategori fraktur iaitu
· fraktur mudah
· fraktur kompaun
· fraktur patologi
· fraktur khusus

No comments: