nuffnang - help me to earn money

Friday, July 17, 2009

PENGURUSAN PESAKIT DENGAN PENYAKIT SARS DI WAD

PENGURUSAN PESAKIT DENGAN PENYAKIT SARS DI WAD


PENGENALAN

Pengurusan Pesakit dengan penyakit SARS di Wad akan membantu dalam memahami penyakit SARS secara umum dan cara penjagaan pesakit dengan penyakit SARS di wad.
Ini akan merangkumi sejarah penyakit SARS, Simptom dan Diagnosis, Cara Perawatan, Psikologi pesakit, dan Pengurusan pesakit. SARS atau Sindrom Akut Pernafasan Teruk ialah satu penyakit kesukaran bernafas berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan dari virus SARS.


SEJARAH PENYAKIT SARS
Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) ialah penyakit kesukaran bernafas yang disebabkan oleh jangkitan virus yang di sebagi ancaman global pada mac 2003, selepas kali pertama muncul di daerah Guangdong, China pada November 2002. WHO melaporkan pesakit terakhir mendapat SARS adalah pada 5 julai 2003. Punca SARS, SARS coronavirus dipercayai adalah sejenis virus haiwan yang telah menyeberangi sempadan spesis kepada manusia Perubahan ekologi atau perubahan dari segi tingkahlaku manusia menambahkan peluang untuk manusia terdedah kepada virus ini dan penyesuaian oleh virus, membenarkan transmisi dari manusia ke manusia.
SARS merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya. Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu).
Pada Julai 2003, SARS telah merebak secara meluas ke seluruh pelusuk rantau dan mengakibatkan 8098 kes SARS di 26 negara, dengan 774 kematian. Epidemik ini telah mengakibatkan impak pada keadaan social dan ekonomi antarabangsa di Negara yang terlibat dengan transmisi setempat dan industry perlancongan telah menerima kesan teruk, turut menerima kesan langsung adalah perkhidmatan kesihatan. Di Malaysia, sebanyak 5 kes dikesan dan 2 kematian telah dilaporkan seluruh negara. Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan kematian adalah dilaporkan pada 5 April 2003.
Walaubagaimanapun, sebanyak yang kita telah ketahui tentang dimana punca dan ekologi penyakit ini sejak Mac 2003 masih tidak mencukupi.

SIMPTOM
Simptom SARS dimulakan dengan demam yang berlanjutan selama dua hingga tujuh hari selepas jangkitan, walaubagaimanapun ia mungkin tidak muncul sehingga hari ke 10. Simptom atau gejala utama SARS adalah demam teruk, batuk kering, sesak nafas atau sukar bernafas, lemah anggota badan, sakit kepala, kejang otot, susut berat badan dan sakit tekak.
Tanda-tanda dan simptom lain adalah
· Demam, 38°C atau lebih
· Sakit seluruh badan
· Pening kepala
· Rasa kurang selesa
Dalam 2 hingga 7 hari selepas tanda-tanda dan simptom, pesakit akan mengalami batuk kering dan kesukaran untuk bernafas. Dalam kes tertentu, pesakit mungkin akan mengalami pneumonia yang teruk, mengakibatkan kekurangan oksigen dalam darah, seterusnya mengakibatkan kematian akibat dari radangan paru-paru.

CARA PERAWATAN
Semasa SARS kali pertama dikesan, tiada ujian khusus wujud untuk doctor mendiagnos penyakit ini. Namun selepas itu beberapa makmal di luar negara boleh membantu mengesan virus ini, tetapi mereka mempunyai terhad. Contoh ujian yang mampu dilakukan adalah
- Ujian DNA (reverse transcription polymerase chain reaction test). Dengan mengunakan cecair dari hidung, atau sampel najis, para saintis mengesan rantaian pathogen ini
- Ujian Darah (serologic test). Ini untuk Memeriksa sampel darah pesakit dengan kehadiran antibody kepada SARS coronavirus dalam badan. Antibodi wujud dalam system pertahanan badan terhadap penyakit untuk menyerang penyakit yang tertentu
- Ujian Virus (viral culture). Dalam ujian ini, sampel tisu atau cecair badan akan diletakan di medium khas yang diperam untuk beberapa ketika, kemudiannya diperiksa ada atau tidak kehadiran SARS virus
Walaupun dengan usaha seluruh global, para saintis masih tidak dapat mencari rawatan yang berkesan terhadap SARS. Terdapat kombinasi dadah antiviral yang digunakan untuk merawat AIDS, menunjukan dalam kajian klinikal untuk menghalan dari komplikasi yang teruk dan Kematian dari SARS. Namun, masih banyak kajian diperlukan
Di Malaysia, pesakit suspek SARS akan menjalani rawatan secara pengasingan di wad agar tidak meyebabkan jangkitan merebak, suspek SARS didiagnosa melalui tanda dan gejala yang wujud, rekod kunjungan ke tempat-tempat yang berisiko tinggi atau berhubung rapat dengan pesakit SARS. Ujian kemudian dijalankan untuk memastikan kehadiran virus ini. Buat masa sekarang, tiada sebarang ujian yang khusus untuk mendiagnosa jangkitan SARS. Walaupun masih belum ada rawatan yang khusus tetapi dengan rawatan sokongan dari hospital, ramai pesakit boleh sembuh.

CARA PENGENDALIAN PESAKIT
Oleh kerana pesakit adalah bahaya kerana boleh menyeberkan penyakit, beberapa langkah mencegah jangkitan adalah perlu
· Mana-mana kakitangan yang akan, sedang dan selepas mengendalikan pesakit perlu memakai alat perlindungan diri seperti glove dan mask
· Asepsis medical perlu sebelum dan selepas mengendalikan pesakit
· Semua radas yang telah digunakan terhadap pesakit DAN terdapat cecair badan pesakit hendaklah dilupuskan atau di steril
· Cecair badan yang terdapat pada troli, kerusi roda, bed pan perlu disteril dan dilap selepas pengunaan
· Ahli keluarga yang melawat perlu kebenaran khas dari doctor bertugas dan memakai alat perlindungan diri ketika berjumpa pesakit
· Ahli keluarga dan kakitangan kesihatan yang kurang sihat dilarang untuk pergi ke zon isolasi

PSIKOLOGI PESAKIT SARS
Pesakit akan mengalami pengalaman yang berbeza sebagai pesakit SARS. Dengan persekitaran yang berbeza di wad isolasi, pesakit akan merasa diri tersisih dan diketepikan. Pesakit juga akan merasa kehilangan imej diri selepas disahkan mengalami penyakit ini, dan turut merasa kesunyian.
Suasana yang baru memerlukan pesakit untuk menyesuaikan diri dengan waktu makan, lawatan dari nurse dan doctor yang bertugas dan waktu untuk ahli keluarga. Selain itu, pelawat yang dating akan memakai pakaian isolasi yang akan kelihatan janggal di mata pesakit. Ini akan menimbulkan rasa geram pada diri, penyakit dan pesakit akan cuba untuk bertindak kasar dengan kakitangan kesihatan untuk melepaskan rasa ini.

PENGURUSAN PESAKIT
SEMASA PENDAFTARAN KE WAD
a) Pesakit SARS yang telah menjalani pemeriksaan doctor dan menerima arahan dari doctor untuk memasukan ke wad isolasi bagi mendapatkan rawatan lebih rapi
b) Pemeriksaan doctor direkodkan kemudian pesakit akan dihantar ke wad Isolasi. Di wad-wad tersebut, dimana pesakit tersebut akan didaftar masuk, para jururawat yang bertugas di wad tersebut akan diberitahu kemasukan pesakit baru
c) Pesakit akan dihantar ke wad isolasi oleh kakitangan kesihatan. Kakitangan perlu memakai pemakaian yang sesuai untuk mengelakkan jangkitan dari pesakit.


HARI PERTAMA DI WAD
a) Setelah didaftarkan pesakit akan diberi orentasi wad
b) Orentasi wad untuk pesakit dan ahli keluarga bertujuan untuk menghilangkan rasa takut dan kebimbangan pesakit.
c) Maklumat lanjut atau peribadi ahli keluarga pesakit diambil untuk jika berlakunya kecemasan
d) Pesakit kemudian diberitahu dan diperkenalkan arah atau tempat didalam wad isolasi iaitu
i) Unit-unit pesakit dalam wad
ii) Pesakit-pesakit yang bersebelahan
iii) Bilik air/mandi
iv) Telefon awam
v) Bilik sembahyang
vi) Bilik-bilik rawatan
e) Pesakit dan ahli keluarga tentang peraturan-peraturan wad isolasi khusus hospital amnya termasuklah
i) Sutar jaminan
ii) Masa melawat
iii) Masa makan
iv) Masa doctor Membuat pemeriksaan
v) Pakaian hospital
vi) Larangan merokok
vii) Surat pendahuluan bayaran hospital
f) Simpan barang barang berharga pesakit atau beri kepada ahli keluarga untuk dibawa balik ke rumah bagi mengelakkan sebarang masaalah. Senaraikan barang-barang berharga dan simpankan di dalam bekas seterusnya serahkan barangan tersebut kepada jururawat yang ditugaskan. Pastikan semasa penyerahan tersebut ada disaksikan oleh dua jururawat yang lain ataupun dibuat perjanjian diantara mereka


SEMASA MENGAMBIL TANDA VITAL
Terdapat sepuluh ujian rutin yang biasa dilakukan bila pesakit baru masuk ke wad
· Pengambilan berat badan
· Ukuran ketinggian
· Ujian tekanan darah
· Pengambilan suhu
· Pengambilan darah
· Ujian nadi
· Ujian kandungan gula dalam badan (dextrose test)
· Ujian air kencing
· Ujian pernafasan
· ECG Test(bagi pesakit usia 45 tahun ke atas)
Kakitangan kesihatan perlu memakai pakaian yang sesuai dan mengunakan PPE semasa mengendalikan pesakit berjangkit seperti SARS.
Contoh pada prosedur mengambil darah:
o Prosedur pengambilan darah
§ Terima arahan bertulis dari doctor
§ Kenalpasti pesakit dan biliknya dengan menyemak fail pesakit
§ Sediakan borang makmal dan tuliskan
· Nama pesakit
· Nombor pendaftaran pesakit
· Nombor kad pengenalan pesakit
· Nama sampel yang diperlukan
§ Label tiub sampel darah dan tuliskan
· Nama pesakit
· Nombor pendaftaran pesakit
· Nombor kad pengenalan pesakit
· Nama sampel yang diperlukan
§ Cuci tangan secara asepsis medikal
§ Pakai mask, dan glove untuk perlindungan dari jangkitan
§ Masuk ke bilik isolasi pesakit
§ Pastikan bahagian tangan pesakit yang diperlukan untuk diambil sampel darah
§ Terangkan pada pesakit tatacara dan Berikan sokongan semangat
§ Pasangkan tonike
§ Swab pada bahagian yang berkenaan, lakukan prosedur dengan berhati-hati
§ Pastikan bahagian yang diambil sampel darah tidak berdarah selepas prosedur
§ Masukan tiub specimen ke dalam plastic biohazard dan kepilkan bersama-sama borang makmal
§ Catit kedalam fail pesakit jenis sampel darah dan tarikh sampel diambil
§ Rekodkan dalam buku despatch dan hantar ke makmal


SEMASA PEMBERIAN DIET
1) Penyediaan makanan di hospital
a) Jabatan Pemakanan adalah bertanggungjawab dalam perancangan menyediakan makanan untuk para pesakit
b) Setiap pesakit mempunyai diet yang berbeza kerana mempunyai penyakit yang berlainan
c) Makanan atau diet yang disediakan adalah mengikut arahan doctor
d) Masa makan adalah seperti berikut
i) Sarapan pagi - 0800
ii) Makan tengahari - 1200
iii) Minum petang - 1530
iv) Makan malan - 1800
e) Bagi pesakit yang hendak makan selepas waktu yang ditetapkan mereka disyorkan membawa makanan sendiri
2) Jenis-jenis diet terapeutik
a) Soft diet
i) Makanan seimbang yang mudah dikunyah dan dihadam seperti bubur dan daging yang dicincang halus, makanan yang tidak digoreng dan tidak mempunyai rempah
ii) Sayur-sayur berserat seperti sawi
iii) Nestum, roti biasanya diberi untuk menu minum petang pesakit.
iv) Soft diet ini adalah untuk
(1) Pesakit yang menjalani pembedahan di mulut atau tekak(sebelum pembedahan)
(2) Pesakit yang telah menjalani pembedahan di abdomen sebelum diberi jenis full diet
b) Makanan cair
i) Minuman jernih
(1) sesuai untuk pesakit yang hendak menjalani pemeriksaan x-ray dan pesakit selepas pembedahan
ii) minuman berzat
(1) minuman diberi secara beransur-ansur selepas 24-48 jam pembedahan dan setelah dibenarkan meminum air jernih
(2) diberi kepada pesakit titik bertindik
(a) untuk menjalani tonsil bermasaalah
(b) untuk pesakit mengalami kepatahan tulang rahang
(c) pesakit yang mengalami ulser di mulut
(3) diberi melalui tuib nasalgastrik pada pesakit
(a) untuk pesakit yang tidak sedarkan diri
(b) lumpuh disebabkan serebrovaskular
(c) untuk menjalani pembedahan di mulut/tekak
(d) pesakit yang terlalu lemah
c) Bland Diet
i) Terdiri daripada makanan lembut, tidak mengandungi rempah dan bahan berserat
ii) Contoh: susu, krim, pudding kastart dan sebagainya
iii) Tidak mengandungi bahan peransan secara kimia dan mekanikal khas untuk pesakit yang mempunyai penyakit seperti
(1) Gastric
(2) Gastritis
(3) Duodenal ulcer
(4) Colitis Ulcerative
(5) Cirit birit
d) Low Salt diet
i) Makanan yang mengandungi kurang garam dan disediakan untuk
(1) Pesakit yang menghidapi penyakit buah pinggang
(2) Cardiovascular (hypertension atau CCF)
(3) Pesakit yang mengandung
e) Low protein diet
i) Makanan kurang protein di mana jumlah protein dikawal tetapi lemak dan karbohidrat ditingkatkan
ii) Disajikan kepada pesakit yang menghidapi gangguan dalam metabolisma protein

f) Hi protein diet
i) Makanan yang mengandungi lebih protein untuk membantu pembiakan/perkembangan sel. Jenis makanan ini adalah seperti daging, telur, susu, keju
ii) Makanan berprotien diberikan kepada
(1) Pesakit selepas menjalani pembedahan
(2) Pesakit yang terbakar/melecur dimana banyak kehilangan plasma darah
(3) Pesakit yang cedera, luka atau mengalami kepatahan
(4) Pesakit yang mengalami anemia
g) Low calorie diet
i) Diet makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak tetapi kalori dikurangkan. Untuk pesakit yang mengalami berat badan berlebihan
h) Hi calorie diet
i) Makanan yang mengandungi banyak protein, karbohidrat dan lemak. Untuk meningkatkan berat badan serta membaiki tisu yang rosak disebabkan terbakar atau melecur.
i) Diabetic diet
i) Jenis diet yang mengandungi jumlah karbohidrat, kalori atau protein dikawal bagi memenuhi keperluan badan
ii) Makanan ini adalah untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan berat badan secukupnya.
iii) Karbohidrat yang diberikan adalah jenis kompleks dimana ia adalah lambat hadam contohnya roti berserat
iv) Menu diet diabetic ini adalah untuk
(1) Pesakit yang mempunyai penyakit diabetic mellitus terutamanya ataupun penyakit kencing manis

SEMASA PEMBERIAN UBAT
a) Diantara polisi yang harus di ikuti ketika melakukan prosedur pemberian ubat iaitu
i) Beza arahan bertulis
ii) Beri ubat atau dos pada masa yang ditetapkan
iii) Lapor semua reaksi ubat kepada doctor
b) Keperluan-keperluan yang digunakan ialah preskripsi ubat, troli pemberian ubat, ubat-ubatan, dulang ubat, cawan sukatan ubat, air minuman dan kain lap tangan
c) Prosedur pemberian ubat
i) Cuci dan keringkan tangan kemudian sertakan troli pemberian ubat
ii) Tolak troli ubat ke sisi katil pesakit serta beritahu pesakit tujuannya
iii) Semak preskripsi ubatan kemudian panggil nama pesakit untuk kepastian
iv) Pastikan jenis ubat dan sediakan melalui label ubat- ubatan
(1) Sebelum mengambil ubat dari troli
(2) Sebelum mengeluarkan ubat dari botol
(3) Sebelum menutup botol
v) Untuk memberi ubat jenis
(1) Pil
(a) Keluarkan ke dalam bekas ubat dengan mengunakan penutup botol
(2) Cecair
(a) Goncang botol perlahan-lahan
(b) Lap bahagian tepi botol dan pastikan tidak tercemar
(c) Tuang ubat dengan bahagian label botol menghadap ke atas
(d) Tutup botol dengan ketat
vi) Beri ubat kepada pesakit beserta air minum
vii) Pastikan pesakit makan ubat. Pastikan pesakit memakan ubat pil dulu kemudian diikuti jenis cecair
viii)Catitkan ubat yang telah diberi kedalam rekod perubatan kemudian bersih dan simpan peralatan serta troli ubat ke tempatnya
ix) Laporkan kepada doctor sekiranya ada kesan sampingan dari ubat

SEMASA MENGAMBIL X-RAY DADA DI WAD
1) Sebelum melakukan prosedur, juru x-ray perlu memakai glove dan mask ketika mengendalikan pesakit
2) Juru X-ray Bersih akan mengendalikan mesin dan juruX-ray kotor akan melakukan pemposisian.
3) Cassette bersih akan dimasukan ke dalam plastic isolasi oleh juru X-ray bersih tanpa menyentuh bahagian luar plastic sebelum pemposisian dilakukan.
4) Juru x-ray kotor akan memastikan kedudukan/posisi pesakit adalah betul dan bersesuaian dengan kedudukan kaset supaya menghasilkan imej yang tepat dengan pemeriksaan x-ray yang dikehendaki
5) Lindungi kawasan anggota pembiakan dengan lead gown
6) Umumkan atau beritahu semua kakitangan wad dan pesakit sebelum melakukan dedahan
7) Elakan dari menghampiri zon dedahan pesakit
8) Beritahu kepada kakitangan wad dan orang awam setelah selesai Membuat dedahan supaya kakitangan dapat melakukan kerja dan memasuki wad semula
9) Juru x-ray bersih akan kemudian mengeluarkan Cassette dari plastic isolasi tanpa menyentuh bahagian luar plastic, untuk diprocess

Rujukan
1- Kamps – Hoffmann, SARS Reference - 10/2003. SARSReference.com
2-WHO guidelines for the global surveillance of severe acute respiratory syndrome
(SARS), Updated recommendations- October 2004.
3-http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_SARS
4- ttp://www.mayoclinic.com/health/sars
5-Psikologi untuk kejururawatan

No comments: