nuffnang - help me to earn money

Sunday, October 11, 2009

Gastritis and Renal Failure

GASTRITIS

DEFINISI

Gastritis adalah istilah untuk menerangkan suatu kumpulan keadaan yang berkaitan dengan inflamasi pada dinding mukosa gaster. Yang mana imflamasi yang terjadi akibat jangkitan bakterium yang sama dengan ulser perut. Namun, terdapat berberapa faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap. Dalam beberapa kes, gastritis boleh mengakibatkan ulser dan meninggikan risiko kanser p. Bagi kebanyakan orang, gastritis tidaklah serius dan ia akan pulih dengan cepat apabila diberi rawatan


ETIOLOGI

Jangkitan bakteria.
Kebanyakan penduduk dunia dijangkiti bakteria berbentuk cockscrew dikenali sebagai Helicobacter pylori (H.pylori) yang berkembang di dalam lapisan mukosa yang melapisi lapisan gaster.Walaupun tidak begitu jelas bagaimana bakteria merebak, ia barangkali disebarkan melalui laluan oral atau berjangkit melalui makanan atau air yang telah dicemari.Jangkitan H.pylori kerap terjadi di kalangan kanak-kanak dan boleh berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat. Kini, ia telah dikenal pasti sebagai punca utama ulser perut yang boleh menyebabkan gastritis.Penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh menyebabkan inflamasi perut dengan mengurangkan bahan yang memelihara lapisan perut yang bertindak sebagai pelindung (prostaglandin).Masalah perut kurang didapati jika mengambil NSAIDS bila perlu sahaja, tetapi penggunaan secara kerap atau terlebih merupakan penyebab biasa gastritis dan ulser perut.

Pengambilan alkohol secara berlebihan
Ini boleh merengsa dan menghakis lapisan mukosa perut menyebabkan tisu-tisu perut anda lebih lemah untuk efek kaustik daripada rembesan perut yang normal.Penggunaan kokain boleh merosakkan perut anda, mengakibatkan perdarahan dan gastritis.

Stress atau tekanan
Jika pesakit mengalami stres yang teruk disebabkan oleh surgeri utama, kecederaan traumatik, kesan terbakar atau jangkitan yang teruk juga boleh menyebabkan gastritis, ulser dan juga perdarahan di perut anda.

Gangguan autoimun.
Gastritis atrofik autoimun berkembang apabila sistem imun menyerang sel-sel yang sihat di dalam lapisan perut. Ini mencetuskan tindak balas inflamasi yang akan menipiskan lapisan, menghancurkan kelenjar yang menghasilkan asid dan mengganggu tubuh menyerap vitamin B-12 hingga menjejaskan hampir keseluruhan sistem tubuh

Penyakit Chron‘s.
Walaupun penyakit bowel ini menyebabkan inflamasi yang kronik di dalam lapisan trek pencernaan anda, ada kalanya ia boleh membengkakkan lapisan perut juga. Apabila perut dijangkiti, simptom-simptom penyakit Chron‘s seperti sakit abdomen dan cirit-birit berair lebih jelas berbanding gejala-gejala gastritis.

Radioterapi dan kemoterapi.
Rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi akan menginflamasikan lapisan perut anda buat sementara tetapi jika terdedah kepada jumlah radiasi yang banyak akan menyebabkan penghakisan yang tidak dapat diubah lagi di dalam lapisan gaster

Penyakit refluks hempedu.
Hempedu, sejenis cecair yang membantu proses penghadaman dihasilkan di dalam hati dan disimpan di dalam pundi hempedu. Apabila hempedu ini dibebaskan daripada pundi hempedu, ia akan bergerak ke usus kecil anda melalui satu siri tiub yang nipis.Lazimnya, otot sfinkter yang berbentuk seakan cincin (injap pilorik) menghalang hempedu daripada mengalir semula ke dalam perut anda dari usus kecil. Tetapi, jika injap ini tidak berfungsi dengan betul, hempedu akan naik semula ke dalam perut anda, menjadikannya membengkak dan gastritis.

Usia
Warga emas berpeluang tinggi untuk mendapat gastritis kerana lapisan dinding perut yang menipis dengan usia dan juga mereka lebih perdedah dengan jangkitan bakteria dan mempunyai tahap imunasi yang lebih rendah berbanding dengan orang yang lebih muda

Faktor-faktor lain.
Gastritis juga mungkin dikaitkan dengan keadaan perubatan lain termasuklah HIV/AIDS, jangkitan parasitik, gangguan tisu perantara dan hati atau ginjal yang gagal berfungsi.

TANDA & SIMPTOMTanda-tanda gastritis, yang kebanyakannya tidak begitu serius dan jangka masa ia berlaku juga agak pendek termasuklah rasa perit seakan terbakar atau rasa senak di bahagian atas abdomen yang sama ada akan menjadi bertambah teruk atau berkurangan apabila makan.

Lain-lain termasuklah
· rasa mual
· muntah-muntah
· hilang selera makan
· sendawa
· kembung perut
· rasa ketat di bahagian atas abdomen selepas makan serta
· hilang berat badan.

Gastritis akut
terjadi secara mengejut mengakibatkan kombinasi klasik antara rasa mual dan rasa sakit yang perit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen.

Gastritis kronik
terjadi secara perlahan-lahan akan menyebabkan rasa kenyang atau hilang selera makan selepas beberapa suap makanan.Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan pesakit, gastriris kronik ini tidak mendatangkan sebarang masalah. Kerapkali, gastritis boleh menyebabkan perdarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser di dalam lapisan perut anda. Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan muntah darah atau membuang faces yang hitam seakan tar di mana ia memerlukan rawatan segera.


RENAL FAILURE
DEFINISI
Ginjal melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam mineral dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, ginjal memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk urin.
Apabila kegagalan ginjal berlaku, segala aktiviti tubuh akan terjejas fungsinya akibat air tidak dapat dikeluarkan dari badan atau urin retensi yang diakibatkan oleh batu karang pada dalam ginjal,ureter atau pundi kencing, dan urin masih berkumpul dalam badan. Ia juga akan menyebabkan sistem ini mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada ginjal, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki ginjal

Etiologi

Batu karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling ginjal hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah pesakit yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Usia

Semakin seseorang meningkat usia, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika ginjal turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang, maka mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah ginjal.

Dialisis ginjal

Jika ginjal rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma ginjal ditemui.
Satu ginjal boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan ginjal atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin ginjal tiruan apabila kedua-dua ginjal tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan ginjal

Secara teori, pemindahan ginjal nampak begitu mudah dengan mengeluarkan ginjal lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima ginjal baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Buah pinggang gagal berfungsi

Ginjal gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Ginjal termasuk dalam kumpulan organ urinary primer (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Ginjal boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit ginjal sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan ginjal kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit ginjal yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Ginjal terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan ginjal kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.


TANDA & SIMPTOM
Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan
· kehilangan berat badan
· luka yang sukar sembuh
· gatal-gatal dan sedu pada kulit
· Kulit nampak kekuningan
· garis garis warna coklat dilihat di kuku tangan
· hipertensi
· loya dan muntah muntah
· diarea
· kecelaruan